Reset Font to Default Medium Font Larger Font

Halaman Utama

 

Kini status di 02 September, 2015:

Tarikh tutup tuntutan untuk Penyelesaian Qantas, Cathay Pacific, dan Thai Airways ialah pada 13hb Oktober 2015. Proses rayuan masih belum selesai untuk kes Penyelesaian JAL, Air France, Singapore Airlines, Vietnam Airlines dan Malaysia Air. 
Anda ada sehingga 120 hari selepas Tarikh Kuat Kuasa bagi Penyelesaian-penyelesaian ini untuk memfailkan tuntutan anda.

Jika anda membeli Tiket Penerbangan di antara A.S dan Asia, Australia, New Zealand, atau Kepulauan Pasifik,

Anda Boleh Menerima Wang daripada Penyelesaian Tindakan Kelas.

 

Pengguna boleh mendapatkan wang jika mereka membeli tiket untuk perjalanan udara yang termasuk sekurang-kurangnya satu segmen di antara A.S dan Asia/Oceania pada bila-bila masa di antara 1 Januari 2000 hingga Tarikh Berkuat Kuasa.*

 

Failkan borang tuntutan sekarang untuk meminta pembayaran.

 

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai hak anda menerima pembayaran, atau untuk mengetahui cara untuk membantah atau mengecualikan anda daripada Penyelesaian, baca Notis Borang Panjang.

 

*Tarikh Berkuat Kuasa ialah tarikh semua syarat berikut dipenuhi: (a) Mahkamah sudah memasuki Penghakiman; dan (b) tempoh rayuan sudah tamat, atau jika rayuan berlaku, Penghakiman mengesahkan dan tiada rayuan lanjutan boleh dilakukan.

PENAFIAN

Sila jangan menghubungi sama ada Defendan atau Pekomplot Bersama atau Mahkamah dengan soalan mengenai Penyelesaian.  Mana-mana dan semua pemanggil akan dibawa ke laman web ini. Jika anda mempunyai soalan, sila rujuk ke Soalan Lazim dan maklumat lain yang disiarkan di sini atau menghubungi Pentadbir Penyelesaian dengan menulis ke Transpacific Air Settlement, Peti Surat 2209, Faribault MN 55021-1609 USA.


Laman web ini tidak dikendalikan oleh Defendan atau Pekomplot Bersama. Tindakan kelas diselia oleh Mahkamah dan ditadbir oleh sebuah firma pentadbir yang mengendalikan semua aspek pemprosesan tuntutan.  Defendan atau Pekomplot Bersama tidak diberi kuasa untuk bertindak balas kepada soalan daripada ahli Kelas Penyelesaian berkenaan Penyelesaian.

View the Privacy Policy